SAIYIDINA UTHMAN BIN AFFAN ra.
Di zaman kebangkitan Islam dahulu terdapat beberapa
sahabat yang terkenal kerana banyak mengorbankan harta-benda dan kekayaannya
untuk membela Agama Allah. Salah seorang di antara mereka yang paling terkemuka
sekali ialah Saiyidina Uthman Bin Affan R.A. Selain daripada beliau ialah
Saiyidina Abu Bakar Al Siddiq, Abdul Rahman Bin Auf dan lain-lain lagi. Apatah
lagi memang Saiyidina Uthman R.A. baik sebelum memeluk Islam mahupun setelah
Islam, merupakan satu-satunya tokoh saudagar dan peniaga yang paling berjaya
sekali. Dialah sahabat Rasul yang banyak mengorbankan harta-bendanya bagi
menegakkan perjuangan Islam.
Saiyidina Uthman Bin Affan R.A. adalah Khalifah Islam
yang ketiga sesudah Saiyidina Umar Al Khattab R.A. Beliau telah memerintah
Kerajaan Islam hampir sebelas tahun lamanya dan tahun Masihi 644 hingga 655
Masihi. Beliau memperoleh gelaran "Zun Nurain yang ertinya yang memiliki
dua cahaya. Sebabnya ialah kerana Rasulullah s.a.w. telah mengahwinkannya
dengan dua orang puterinya iaitu yang pertama kali dengan Rugayyah dan sesudah
wafatnya semasa Perang Badar, maka Rasulullah s.a.w. telah mengahwinkannya pula
dengan Kalthum. Demikian besarnya kecintaan dan penghormatan Rasulullah s.a.w.
terhadap Saiyidina Uthman R.A. Tatkala isterinya yang kedua itu pula meninggal,
Rasulullah s.a.w. telah berkata kepadanya, "Jika ada anak perempuanku lagi
hai Uthman, tentu engkau ku ambil sebagai menantu.
Sahabat besar ini termasuk orang-orang pertama yang
masuk Islam. Beliau datangnya dan suku atau puak Quraisy yang paling keras
sekali tentangannya terhadap agama Islam dan Rasulullah s.a.w., iaitu puak
Umaiyah. Menurut catatan sejarah, Saiyidina Uthman Bin Affan termasuk orang kelima
diajak oleh Saiyidina Abu Bakar Al Siddiq untuk memeluk Islam. Setelah memeluk
Islam, Uthman R.A. termasuk orang yang sangat dicintai oleh Rasulullah s.a.w.
kerana kemuliaan dan kehalusan budipekertinya. Memang sesungguhnya Saiyidma
Uthman Bin Affan R.A. terkenal sebagai seorang sahabat yang sangat tinggi
budiperkertinya, sangat penyantun, lemah lembut lagi pemalu. Sebagai
memperlihatkan kecintaan dan penghargaan Rasulullah s.a.w. kepadanya itulah
maka beliau telah menjadi pilihan baginda untuk dikahwinkan dengan
puteri-puterinya seorang demi seorang selepas meninggal seorang lepas satunya.
Sebagai memuji keluhuran budi akhlaknya itulah Rasulullah s.a.w. pernah
bersabda kepadanya, "Malaikat sangat malu kepadamu hai Uthman. Memang
Rasulullah s.a.w. biasanya tidak keberatan menerima kedatangan para sahabatnya
dalam berpakaian yang biasa sahaja, tetapi apakala diketahui bahawa Saiyidina
Uthman R.A. akan datang mengunjunginya, maka baginda pun mengenakan pakaiannya
yang sewajarnya sebagai menghormati sahabatnya yang disegani sendiri oleh para
malaikat.
Dalam suatu riwayat lain adalah dikisahkan bahawa
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Saya bermohon kepada Tuhanku supaya
tidak ada seorangpun yang pernah menjadi menantuku atau menjadi mertuaku
dimasukkan ke dalam neraka. Hal yang demikian itu tercapai oleh Saiyidina
Uthman R.A. kerana Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, "Tiap-tiap Nabi
mempunyai teman, dan Uthman adalah temanku di dalam syurga.
Ketika suasana pergolakan di Mekah menjadi tegang dan
meruncing disebabkan kaum musyrikin Quraisy melakukan tekanan yang hebat
terhadap kaum Muslimin, Saiyidina Uthman termasuk orang-orang yang turut
melakukan hijrah ke Abyssinia. Saiyidina Uthman R.A. berserta isterinya adalah
termasuk rombongan yang menjalankan hijrah yang bersejarah itu. Beliau tidak
pernah memikirkan kerugian perniagaannya yang ditinggalkannya itu kerana beliau
sedar bahawa hijrah tersebut adalah termasuk dalam usaha untuk menegakkan agama
Allah. Sekembalinya beliau dan Abyssinia, beliau pun tinggallah di kota Mekah
buat sementara waktu. Kemudian beliau telah melakukan hijrah pula ke Madinah
untuk menyusul Rasulullah s.a.w. yang telahpun lebih dahulu berhijrah di kota
tersebut.
Setelah berada di Madinah, Saiyidina Uthman R.A. pun
mulalah menjalankan usaha perniagaannya hingga beliau berjaya menjadi saudagar
yang kaya. Namun demikian beliau tidak teragak-agak sedikitpun bagi
mempergunakan seluruh kekayaan dan harta bendanya bagi menyahut seruan jihad
bagi menegakkan kesucian Islam. Sebagai seorang sahabat besar, banyak sekali
pengorbanan Saiyidina Uthman Bin Affan terhadap Islam. Di zaman permulaan
perjuangan Islam di Madinah, pernah kaum Muslimin menghadapi kekurangan air,
lalu Saiyidina Uthman Bin Affan telah membeli sebuah kolam yang bernama Bir
Ruma dan seorang Yahudi. Pada saat itulah Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Barangsiapa yang antara kamu yang membeli sumur Ruma lalu dijadikannya
wakaf bagi keperluan kaum Muslimin serta ia menimba air sumur tersebut maka
orang yang berbuat demikian itu Allah akan menyediakan tempat minuman baginya
dalam syurga. Begitu juga tatkala Masjid Madinah rnenjadi terasa sempit sebab
semakin banyaknya orang yang bersyalat di dalamnya, maka dengan spontan
Saiyidina Uthman membeli lima rumah yang sederet di samping masjid untuk dibongkar,
kemudian dibangunkan tambahan masjid agar menjadi lebih luas dan besar lagL
Selain daripada pengorbanan harta benda, Saiyidina
Uthman Bin Affan R.A. juga adalah sahabat yang paling banyak membantu
Rasulullah s.a.w. dalam berbagai masalah. Beliau adalah salah seorang penulis
wahyu dan juga pernah menjadi utusan Rasul untuk menemui kaum Quraisy pada
tahun keenam hijrah. Disebabkan besarnya pengorbanannya terhadap Islam maka
tidaklah menghairankan kiranya beliau tergolong salah seorang yang paling diridhai
oleh Rasulullah s.a.w. pada waktu wafat baginda.
Selain memiliki sifat pemalu, Saiyidina Uthman R.A.
ialah seorang sahabat akrab Rasulullah s.a.w. yang masyhur dengan sifat
waraknya, kuat beribadat dan amat taqwa kepada Allah, dia mengerjakan segala perintah
Allah dan sekali-kali tidak melanggar larangan Allah. Pada tiap-tiap tahun
beliau menunaikan ibadah Haji dan dalam sepanjang tahun pula beliau berpuasa
setiap hari kecuali pada hari-hari yang ditegah berpuasa. Beliau sangat
mengambil berat terhadap kaum keluarganya dan sangat bertimbangrasa dan kasih
mesra kepada mereka. Beliaulah juga seorang sahabat yang sangat pemurah dan
sangat takut akan kemurkaan Allah, bila beliau mendengar bacaan Qur'an darihal
azab api neraka maka air matanya bercucuran keluar oleh rasa takutnya.
Khalifah Uthman Bin Affan R.A. telah dipilih sebagai
Khalifah apabila wafatnya Saiyidina Umar Ibnul Khattab apakala beliau
menyatakan kesanggupannya secara tegas kepada AbduIl Rahman Bin Auf yang
bertindak sebagai formatir. Beliau ialah seorang sahabat yang tua tatkala
dilantik menjadli Khalifah iaitu ketika berumur 70 tahun. Beliau seorang yang
bersifat lemah lembut, tidak gemar menggunakan kekerasan dalam menjalankan
pemerintahannya, hal ini berbeza sekali dengan Saiyidina Abu Bakar dan
Saiyidina Umar R.A. yang menjadi Khalifah sebelum daripadanya, mereka
kedua-duanya mempunyai sifat tegas dalam menghadapi sesuatu masalah dalam zaman
pemerintahannya. Pada masa zaman pemerintahannya, keadaan pemerintahan Islam
dan semasa ke semasa mula menjadi bertambah luas dan mula menempuh satu zaman
peralihan dan kehidupan asal orang-orang Arab menuju suatu kehidupan baharu dan
pada zamannyalah bermulanya zaman kemewahan hidup yang timbul daripada hasil
penaklukan negeri-negeri yang baharu.
Dalam zaman pemerintahannyalah orang-orang Islam mula
merasa hidup mewah dan menerima kemakmuran. Mereka yang menghadiri
majlis-majlis jamuan Khalifah Uthman pada zaman itu melihat perbezaan besar
jika dibandingkan dengan jamuan yang diadakan pada zaman Khalifah Umar. Sebagai
seorang Khalifah beliau merasa bahawa rakyatnya berhak menikmati hidup yang
makmur itu, tetapi beliau tidak membenarkan kepada orang-orang Islam
bersenang-senang dengan nikmat kemakmuran itu hingga melanggar hukum Allah.
Pada zaman beliau ramai daripada para sahabat Rasul keluar meninggalkan bandar
Madinah hermastautin di wilayah-wilayah yang baharu diperintah oleh pemerintah
Islam. Pemergian mereka itu tidak dilarang oleh Saiyidina Uthman. Jikalau pada
zaman pemerintahan Khalifah Umar para sahabat tidak dihenarkan keluar dan
bermastautin di negeri-negeri yang baharu diperintah oleh orang-orang Islam,
tetapi pada zaman Khalifah Uthman R.A. tegahan itu dihapuskan. Saiyidina Uthman
tidak begitu mengambil berat terhadap gabenor-gabenor Islam yang memerintah di
wilayah-wilayah Islam khususnya mengenai perjalanan mereka, untuk menjaga nama
baik mereka dan untuk mengelakkan daripada perkara-perkara yang mungkin
menimbulkan fitnah. Berlainan dengan Saiyidina Umar R.A. yang sangat mengambil
berat tentang kedudukan wakil-wakilnya yang memerintah.
Pada zaman peinerintahan Saiyidina Uthman Bin Affan
inilah mulai timbulnya beberapa masalah yang belum pernah berlaku sebelumnya.
Timbulnya peristiwa-peristiwa yang baharu itu bukanlah disebabkan oleh kecuaian
Saiyidina Uthman ataupun kerana beliau sengaja meringan-ringankan hukum, bahkan
hukuman-hukuman yang sewajarnya tetap dikenakan ke atas siapa juga yang
bersalah yang melanggar larangan Agama Islam. Tetapi bagaimanapun
percubaan-percubaannya itu tidak menghasilkan hasil yang baik berlainan dengan
apa yang dijalankan oleh Saiyidina Umar Ibnul Khattab dalam masa
pemerintahannya dan mi menyebabkan fitnah-fitnah makin banyak berlaku antara
pihak pemerintah dengan orang ramai.
Satu perkara yang mungkin menjadi punca kelemahan
pemerintahan Saiyidina Uthman ialah sifatnya yang mudah dipengaruhi oleh
cakap-cakap orang lain terutama oleh kaum keluarganya sendiri. Mereka itu
pernah mencampuri urusan pemerintahan terutama salah seorang keluarganya yang
hernama Marwan Bin Hakkam. Perbuatannya yang membiarkan keluarganya campur
tangan dalam pemerintahan serta perlantikannya ke atas ramai anggota
keluarganya dalam pemerintahan itulah yang selalunya menimbulkan rasa tak
puashati di kalangan penduduk Madinah khasnya dan rakyat Islam umumnya.
Selain daripada itu ada lagi beberapa perkara yang
dilakukan oleh Saiyidina Uthman yang telah menimbulkan rasa tak puashati
orang-orang Islam pada masa itu. Salah satu danpada perkara-perkara itu ialah
keputusan membenarkan bapa saudaranya Al Hakam Bin Abi Al As dan beberapa orang
keluarganya kembali semula ke Madinah, padahal Al Hakam telah dipenintah keluar
dari Madinah kenana sikap penmusuhannya terhadap Rasulullah s.a.w. dan
Saiyidina Uthman telah merayu kepada Rasulullah pada masa hayatnya lagi meminta
baginda membenarkan bapa saudaranya itu kembali tetapi Rasulullah s.a.w. tidak
membenarkan permintaannya itu hingga pada zaman Saiyidina Abu Bakar R.A. dan
Saiyidina Umar R.A. dia tidak dibenarkan juga kembali. Apabila Saiyidma Uthman
dilantik menjadi Khalifah bapa saudaranya itu dihenarkan kembali ke Madinah.,
bukan setakat itu sahaja namun apabila ia mati kuburnya dibina dengan indahnya
dan anaknya yang bernama Al Hanith dilantik pula menjadi pegawai menjaga
tempat-tempat perniagaan di Madinah. Sementara perlantikan Saiyidina Uthman ke
atas anaknya Al Hakam yang bernama Marwan menjadi sebagai menteni kepadanya itu
dikecam hebat juga oleh orang-orang Islam. Beberapa orang sahabat yang
terkemuka telah membantah perlantikan itu tetapi tidak dipedulikan oleh
Saiyidina Uthman. Mengenai pengkembalian bapa saudaranya ke Madinah, Saiyidina
Uthman memberitahu sahabat-sahabatnya bahawa beliau telah memohon persetujuan
Rasulullah s.a.w. dan itulah sebabnya beliau berani melakukan demikian.
Selain daripada itu orang-orang Islam merasa tak puas
hati juga tenhadap pemecatan yang dilakukan oleh Saiyidina Uthman ke atas
pegawai-pegawai yang dilantik pada zaman Saiyidina Umar Ibnul Khattab dan
digantikan dengan orang-orang baru dari kaum keluarganya. Perkara-perkara
seperti yang tersebut itu berlakunya di Madinah pusat pemerintahan Islam pada
masa itu. Sementara di lain-lain wilayah Islam tak sunyi juga daripada adanya
golongan-golongan yang menaruh rasa curiga dan tak puas hati terhadap Saiyidina
Uthman R.A. Pemenintahan Saiyidina Uthman itu mula menempuh satu percubaan yang
besar iaitu dengan tumbuhnya punca fitnah di Madinah yang akhirnya menjalar ke
seluruh wilayah-wilayah Islam yang lain. Tatkala itulah seorang musuh Islam
bernama Abdullah Bin Saba, seorang Yahudi yang mengaku dirinya memeluk Islam
telah membangkitkan kemarahan rakyat terhadap Khalifah Uthman R.A. dengan
tujuan untuk memecah belahkan kaum Muslimin sesama sendini.
Seonang sahabat yang tenkenal bennama Abu Zar juga
telah menentang hebat pemerintahan Saiyidina Uthman R.A. dengan membuat cabaran
ke atas Khalifah itu dan juga ke atas Muawiyah yang pada masa itu sebagai wakil
Khalifah memerintah kota Damshik. Di negeri Syam Abu Zar telah termakan hasutan
dan Abdullah Bin Saba lalu menentang Muawiyah kerana menurut pendapatnya pernah
Mauwiyah mendakwa bahawa harta Baitulmal semuanya adalah kepunyaan Allah bukan
kepunyaan onang-orang Islam seolah-olah dia bercadang tidak akan membahagikan
harta baitulmal kepada orang ramai. Inilah hasutan yang dibuat oleh Abdullah
Bin Saba kepada sahabat tenkenal iaitu Abu Zar yang memang berjiwa militan dan
keras itu. Memandangkan bahaya dan pengaruh Abu Zar itulah maka akhinnya
Saiyidina Uthman Bin Affan mengambil tindakan untuk mengasingkan Abu Zar Al
Ghifari dari orang ramai lalu dibuangnya ke satu tempat bernama Raudah. Di
tempat pembuangannya itu beliau terus-menerus juga membuat kecaman ke atas
Saiyidina Uthman R.A. hingga akhin hayatnya beliau meninggal dunia pada tahun
31 Hijrah.
Sementara itu kegiatan-kegiatan yang dilakukan secara
gigih oleh Abdullah Bin Saba untuk memecah-belahkan ummat Islam telah mendapat
kejayaannya di Mesir, Kufah dan Basrah. Beliau telah benjaya mempengaruhi jiwa
orang ramai dengan menyebarkan satu fahaman yang belum pernah dibawa oleh
sesiapa sebelum itu bahawa kononnya Nabi Muhammad s.a.w. ada menetapkan seorang
penggantinya iaitu Saiyidina Ali Bin Abu Talib R.A. Di Mesir Muhammad Bin Abu
Bakar, iaitu anak Khalifah Abu Bakar Al-Siddiq telah menyokong gerakan Abdullah
Bin Saba itu kerana didorong oleh pertalian kerabat antaranya dengan Saiyidina
Ali R.A. iaitu sebagai anak tiri kepada Saiyidina Ali Bin Abu Talib yang
beristerikan balu Saiyidina Abu Bakar R.A. iaitu Asma Binti Umais ibu Muhammad
Bin Abu Bakar. Muhammad Bin Abu Bakar menentang keras pemerintahan Saiyidina
Uthman kerana sepucuk surat yang dihantar oleh Marwan Bin Hakkam dari Madinah
kepada Abdullah Bin Saba, gabenor Mesir menyuruhnya membunuh Muhammad Bin Abu
Bakar dan juga membunuh sekelian orang yang menyokong Muhammad sama ada dan
golongan Muhajirin ataupun dan Ansar.
Kesudahannya golongan-golongan yang menentang Khalifah
Uthman Bin Affan yang datangnya dan wilayah Mesir, Kufah dan Basrah itu membuat
satu pakatan menuju Madinah untuk mengemukakan tuntutan-tuntutan meneka kepada
Khalifah. Apakala mereka dapati tuntuntan-tuntutan mereka itu tidak dapat
ditunaikan sepenuhnya oleh Khalifah maka mereka pun melakukan kepungan terhadap
istana Khalifah Uthman Bin Affan. Setelah beberapa hari melakukan kepungan,
mereka akhirnya merempuh masuk lalu membunuh Khalifah Uthman Bin Affan yang
tenkenal kenana sifat sabar dan santunnya itu. Ketua pemberontakan itu bernama
Al Ghiffari telah memukul Saiyidina Uthman dan kemudiannya diiringi pula oleh
tetakan dengan pedang dari seorang pemberontak lain, pukulan mana disanggah
oleh isteni Saiyidina Uthman bernama Naelah dan kena pada jari tangannya lalu
putus. Akhinnya Saiyidina Uthman mati terbunuh pada 35 Zulhijjah tahun 35
Hijrah dan akibat dan kewafatannya itu maka bermulalah babak-babak yang
mendukacitakan dalam lembaran sejarah Islam.
Sumber: www.islam2u.net